Jika kamu mencintai seseorang, kamu akan sentiasa  mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kamu. Tuhan memberikan  kamu DUA KAKI untuk berjalan, DUA TANGAN untuk memegang, DUA TELINGA  untuk mendengar dan DUA MATA untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya  menganugerahkan SEKEPING HATI kepada kamu? Kerana Tuhan telah memberikan  sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah  cinta…
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika  kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa  sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika  kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai  harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih  percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih  ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada  mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membangunkan  kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang  tersayang hingga dia meninggal dunia dan akhirnya kamu terpaksa  mencatatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Ucapkan kata-kata cinta  yang tersimpan di benak kamu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kamu bertemu dan  bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang  tepat. Kamu harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan  tersebut.
Cinta dapat mengubah yang pahit menjadi manis, debu  mnjadi emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara  menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh  menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kamu, tetapi lebih  menyakitkan apabila mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki  keberanian untuk menyatakan cinta itu kepadanya
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati  seseorang, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.  Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi ada kalanya kamu  merasakan bisa duri mawar itu menusuk jari.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang  mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu,  tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi. Cintailah  seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia  sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, sekiranya kamu  benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat  membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang  normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi hamba, jika  cintanya itu disambut oleh para PENCINTA PALSU! Kemungkinan apa yang  kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan  apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke  dalam laut, pasti dia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang  yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti dia akan mati  kelaparan!
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak  seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang  dapat dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan  melalui hati dan perasaan.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu  cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran  yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri  sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh  cinta. Namun apabila sampai saatnya, raihlah dengan kedua tangan dan  jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan  dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan  suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah,  untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang  kamu cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta dapat membuat kamu bahagia tapi sering juga  mengundang sedih. Tetapi cinta hanya akan berharga jika diberikan kepada  seseorang yang menghargainya. Jadi, jangan terburu-buru dan pilih yang  terbaik.
Kesedihan dan kerinduan hanya terasa selama yang  kamu inginkan dan melukakan sedalam yang kamu izinkan. Yang berat bukan  bagaimana caranya menanggung kesedihan dan kerinduan itu, tapi bagaimana  belajar darinya.
Cinta adalah semangat, cinta adalah kepercayaan, cinta adalah tenaga yang tak dapat dimusnahkan… ia hanya boleh berubah bentuk :)
 





1 kicauan atau hinaan:
ecie riye berbicara tentang C-I-N-T-A
Posting Komentar
Be impolite please!